Assalamualikum . harini kita nak share lah satu resepi yang mudah sangat mudah nak buat sebab guna maggi black pepper powder tu . rasa semua memang terbaik . boleh kata masak ala chef lah kononya . untuk beginner macam i ni memang patutlah guna instant powder dalam masakan . bukan apa kalau resepi sendiri takut tak jadi .
so , let's begin .
Bahan-bahan :
1. Daging (dah siap dipotong)
2. perencah maggi black pepper
3. daun bawang
4. bawang
5. halia
6. bawang putih
cara-cara :
1. Tumiskan bahan 4,5,6 . setelah ketiga-tiga bahan tadi telah masak , masukkan daging berserta air (ikut berapa byk daging yg kita masak)
2. setelah daging tadi empuk , masukkan perencah maggi yang telah siap di bancuh ke dalam kuali yang berisi daging tadi .
3. kemudian , biarkan daging dan perencah blackpepper itu masak semakin lama masak , semakin pekat kuah black pepper tadi . (tambah sedikit air jika terlalu pekat).
4. selepas itu , masukkan daun bawang tadi kedalam kuali dan biarkan seketika.
5. kemudian , SIAP ! dan selamat menjamu selera .
*kongsikan gambar dan komen ada diruangan bawah*
No comments:
Post a Comment